RENUNGAN KITA BERSAMA
Assalamualaikum wr wb,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan.
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kiri
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Kata Malaikat di sebelah kanan.
"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Tanya malaikat sebelah kiri lagi.
"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kamitelah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Jawab malaikat kanan. Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiadaterbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.


















1 ulasan:
ada tu kak, tapi blm aku cari d komputer kak jen gmbr kita yang dulu...
Catat Ulasan