10-fast-finger-speedtest

Rabu, 19 November 2008

MANISNYA WANITA ISLAM

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah S.W.T. dengan penuh rahmat
wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah S.W.T. dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan disanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah S.W.T memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'bismillah' Allah S.W.T. akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
Wanita yang menjaga solat puasa dan taat pada suami, Allah S.W.T akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia aka dikira sebagai mati Syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah S.W.T akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emak dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
Semua orang akan di panggil untuk melihat wajah Allah S.W.T. di akhirat tetapi Allah S.W.T akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
wassalam.
(dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan: Januari 1992)

Tiada ulasan: