10-fast-finger-speedtest

Rabu, 17 Jun 2009

:. Kerja .:

salam semua,

ada macam macam kerja
kerja yang boleh buat kita rasa
kita memiliki seantareo dunia
kerja yang kita fikir milik kita

kerja ada macam macam
kerja yang boleh buat kita gila
kerja gila yang tak sesiapa
mahu buat kerja tu
tapi kita buat
pasal kita tak ada kerja

macam macam kerja ada
kerja sebagai kerani demand lebih
dari tauke
kerja sebagai jaga,
lebih baik burung hantu
kerja sebagai akaun,
asyik audit salahkan
asyik kena selesaikan
tugas orang lain
kerja sebagai bos
tau arah tapi boleh
ke bertanggungjawab
jangan asyik menuding jari?
alangkah baik jika tempat kerja
itu menyeronokkan
beban kerja terasa seperti
makanan je... sedap je di telan
wah!

kerja macam ada macam
apa pun kerja yang penting halal
apa pun kerja yang penting rezeki
apa pun kerja yang penting bersyukur
apa pun kerja sepatutnya tak berlibur
apa pun kerja sepatutnya tuntut terbaik
apa pun kerja

aik! kerja.

masa itu emas!

Isnin, 20 April 2009

HATI

Bekunya airmata dari kerasnya hati,
Kerasnya hati dari banyaknya dosa,
Banyaknya dosa dari lupanya mati,
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia,

Jumaat, 23 Januari 2009

Akhlak Cermin Sikap Terhadap Pencipta

Ajaran-ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. ketika menyebarkan Islam selain memperbetulkan akidah adalah membentuk akhlak mulia. Tugas ini dilakukan serentak semasa seruan keimanan tauhid kepada Allah s.w.t. Keimanan tanpa akhlak mulia melahirkan generasi yang tidak seimbang dan tempang cara hidupnya.Dalam sebuah hadis secara tegas Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, Sesungguh aku ini diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Bagi mendapatkan contoh dan gambaran akhlak yang mulia adalah dengan melihat peribadi baginda dan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik.Hidup kita hari ini tidak sama dengan semasa zaman Nabi menyebarkan Islam. Islam telah tersebar lebih dari 1,424 tahun, bermula dari era Mekah dan berkembang luas dalam era pemerintahan Islam di Madinah. Sepertimana yang kita saksikan Islam telah tersebar luas merentasi padang pasir hijaz. Perkembangannya begitu pantas, mengambil bentuk yang pelbagai dan yang agak unik adalah penyebarannya di rantau Nusantara termasuk di Tanah Melayu.Penyebaran Islam di rantau ini benar-benar unik. Islam masuk secara fitrah manusia iaitu secara aman dan tanpa paksaan ke atas penduduk tempatan. Jika kita membaca sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai nescaya kita akan mendapat gambaran sebenarnya.Tome Pires menjelaskan ajaran Islam telah diterima oleh raja yang memerintah Melaka ketika itu, diikuti oleh keluarga dan golongan istana dan kemudiannya oleh rakyat jelata. Ia sama sekali tidak melibatkan kekerasan atau ugutan walau sedikit pun. Tiada pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.Jika berlaku perbalahan di kalangan penduduk Tanah Melayu ketika itu adalah disebabkan perkara lain bukan kerana tujuan menyebarkan Islam.Dalam Islam terdapat ayat-ayat dan hadis-hadis Nabi yang menjelaskan tentang kepentingan akhlak. Akhlak mencerminkan tingkah laku, sikap dan adab seseorang terhadap Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar.Pada 4 Mac lepas kita menyambut Maal Hijrah di seluruh negara. Sambutan di peringkat Persekutuan melibatkan kepimpinan tertinggi negara termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia disusun sedemikian rapi dengan atur cara yang menarik. Pada setiap awal tahun hijrah negara akan mengisytiharkan Tokoh Maal Hijrah.Apabila diteliti tokoh yang pernah dianugerahkan gelaran ini, mereka terdiri daripada yang bukan sahaja mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti tokoh Maal Hijrah tahun ini (1424), bahkan meliputi mereka yang asas pendidikan awal dalam bidang lain seperti Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim dan ramai lagi.Pertimbangan ini adalah adil supaya ia lebih menyeluruh meliputi setiap golongan yang telah memberi sumbangan kepada agama dan negara.Maal Hijrah dahulunya dikenali dengan sambutan awal Muharam iaitu bermulanya kalendar Islam - dengan menggunakan tahun Hijrah dan berdasarkan kiraan bulan sebanyak dua belas bulan qamariah dengan nama bulan bermula dengan Muharam hingga Zulhijah.Kiraan bulan Islam ada implikasi hukum ke atas kehidupan Muslim seperti tarikh menunaikan Ramadan, aid (Fitri dan Adha), melaksanakan haji dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ahwal syahsiyah seperti tempoh perempuan mengandung dan idah kerana ada yang dikira mengikut bulan.Jika kita menoleh ke lembaran sejarah Islam, peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan sahabat ke Madinah mempunyai latar belakang yang penuh erti. Ajaran Islam yang dibawa oleh baginda tidak secocok dengan kepercayaan dan nilai-nilai yang berlaku di kalangan orang Arab jahiliah di Mekah.Oleh demikian hanya sebilangan kecil yang menerima Islam. Mereka telah diberikan pelbagai bentuk tekanan dan penyeksaan semata-mata kerana memeluk Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliyah.Melakukan perubahan dalam diri yang telah sekian lama sebati dengan tradisi jahiliah bukanlah suatu yang mudah untuk diterima oleh bangsa Arab. Merubah daripada amalan penyembahan berhala dan kepercayaan syirik kepada tauhid, merubah cara hidup sosial yang bersifat kabilah yang sempit kepada ukhuwah Islamiah sejagat, memandang rendah kepada wanita sehingga kelahiran mereka tidak dibanggakan kepada pengiktirafan hak-hak wanita.Di samping membanteras cara hidup yang menyalahi norma-norma hidup masyarakat bertamadun, Islam membawa keindahan akhlak kepada penganutnya. Beberapa panduan boleh didapati dari al-Quran seperti dalam surah al-Hujurat, ayat 11 yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan lain dengan gelaran yang buruk.Sebenarnya dalam surah al-Hujurat ini telah diberi banyak panduan kepada umat Islam supaya memelihara budi pekerti dalam berinteraksi dan bermasyarakat dan seterusnya memelihara akhlak yang mulia.

Sumber Asal : Utusan, Dr. Abdul Monir Yaacob Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)14 Mac 2003

Rabu, 21 Januari 2009

5 Perkara Yang Mesti Disegerakan

Dari Hatim Al-Asom : "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah s.a.w :
1.Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2.Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3.Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4.Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5.Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

5 Pesanan Dari Syaikh Al - Balkhi, Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1.Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2.Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3.Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4.Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5.Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

Harta Bertimbun Boleh Menyebabkan 5 Perkara Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya 5 perkara :
1.Panjang angan-angan.
2.Sentiasa tamak.
3.Sangat kedekut.
4.Berkurang waraknya.
5.Lupa kepada akhirat.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Selasa, 20 Januari 2009

SUARA AL-QUR'AN

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi..

Rabu, 26 November 2008

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia darisegala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yanglain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allahazza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah sepertiorang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allahberkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, "
SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....